Dapatkan Ebook Senarai Homestay di Malaysia secara PERCUMA!! Download Sekarang!
Cart 0

NANI HOMESTAY SERI MANJUNG PERAK

RM 170.00 RM 20,000.00


NANI HOMESTAY SERI MANJUNG terletak di alamat:

381,JALAN 2C/10, 

32200, SERI MANJUNG, 

PERAK, MALAYSIA


NANI HOMESTAY merupakan sebuah rumah teres 3 bilik yang terletak di Bandar Seri Manjung berhampiran dengan kedai runcit, restoran, TESCO, Giant Supermarket dan AEON Mall. Ini akan memudahkan tetamu untuk membeli belah barangan keperluan asas. 

Selain itu, homestay ini juga berdekatan dengan kemudahan seperti Hospital Manjung, IKM ,IPD, stesen bas utama dan Majlis Pembandaran Manjung. Sekiranya anda ingin berkunjung ke tempat-tempat menarik berhampiran Seri Manjung seperti Lumut, Pusat Peranginan Teluk Batik , Pulau Pangkor dan Jeti Lumut, hanya mengambil masa lebih kurang dalam 8-15 minit sahaja.


NIKMATI LOKASI PERCUTIAN YANG SELESA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN

Dengan harga yang berpatutan, Nani Homestay sangat sesuai untuk dijadikan percutian seisi keluarga atau menghadiri majlis keramaian


Jangan tunggu lagi....Ayuh menginap di homestay kami....anda tidak akan menyesal dengan keselesaan dan kemudahan yang disediakan.


Sila hubungi :SHAHARUL YAAKOP di talian 0195759940 (Whatssup /call/sms)


Peringatan Mesra : MUSLIM ONLY


Kelengkapan Ruang Tamu

Nani Homestay menyediakan 2 ruang tamu untuk keselesaan penginapan tetamu.Ruang tamu utama dilengkapkan dengan sofa dan meja kopi dengan hiasan dalaman. Ruang Tamu 2 turut dilengkapkan dengan kerusi santai, permaidani dan TV flat screen (Njoy).Ruang ini akan memberikan anda ketenangan untuk berehat sambil menonton tv bersama keluarga


Ruang Dapur Untuk Mereka Yang Ingin Memasak

Ruangan dapur dilengkapi dengan peralatan letrik asas seperti cerek letrik, rice cooker, dapur gas, microwave, pembakar roti, pinggan mangkuk, gelas,sudu,garpu, gel pembasuh pinggan, penapis air dll untuk kemudahan tetamu.Kami juga ada menyediakan mesin basuh automatik beserta ruang menyidai kain lengkap dengan ampaian sekiranya anda ingin membasuh kain.


Ruang Makan Untuk Keselesaan Tetamu Kami

Ruang dapur turut dilengkapkan dengan meja makan dan peti sejuk untuk keselesaan tetamu ketika berada di dapur sambil menjamu selera


Bilik Air

Terdapat 2 bilik air yang dilengkapkan dengan pemanas air ,shower , gel mandian dll . Kami memastikan bilik air ini sentiasa bersih untuk kemudahan tetamu seterusnya.


Ruang Parkir Luas dan Berpagar

Ruang Parkir berpagar amat penting bagi menjamin keselamatan tetamu dan kenderaan anda.Ruang yang luas sesuai untuk keluarga besar dan kenderaan anda.


Ruang Merokok Untuk Anda Yang Merokok

Bagi mereka yang merokok tidak perlu risau walaupun anda tidak dibenarkan untuk merokok di dalam rumah. Ruang merokok untuk anda disediakan di bahagian luar iaitu diruangan parkir. Ini kerana kami amat prihatin terhadap tetamu yang merokok. Anda keutamaan kami.


Tempahan Nani Homestay

Tetamu yang berminat membuat tempahan perlu:

  1. Menyediakan deposit sekuriti sebanyak RM100 ketika tempahan dilakukan
  2. Pembatalan dalam tempoh 48 jam, deposit tidak akan dikembalikan
  3. Baki pembayaran perlu diperjelaskan semasa check in dan mengambil kunci
  4. Masa check in adalah jam 2.00petang dan masa check out adalah jam 12.00 tengah hari
  5. Tetamu perlu mematuhi peraturan-peraturan semasa menginap yang telah ditampal di dalam homestay untuk menjamin tidak berlaku sebarang kerosakkan peralatan akibat kecuaian tetamu.


ANDA BERMINAT MENEMPAH NANI HOMESTAY?

Jangan tunggu lagi.....Hubungi SHAHARUL YAAKOP pemilik NANI HOMESTAY ditalian 0195759940 dengan harga RM170 sahaja.

Anda akan dilayan dengan mesra

Bagi tempahan melebihi 2 hari, harga istimewa mungkin menjadi milik anda!!!